BAB I
PENDAHULUAN
A).
Latar belakang
Study Tour
merupakan praktek lapangan yang dilakukan oleh para pelajar baik siswa maupun mahasiswa di
tempat-tempat Obyek Wisata, kegiatan Study Tour kali ini diadakan oleh mata kuliah tradisi melayu, sebagai
kegiatan secara rutin tiap tahunnya.dan kali ini kami fakultas keguruan dan ilmu pendidikan
prodi bahasa Indonesia kelas E1 mengadakan stady tour ke pulau mantang untuk
meneliti makyong, yaitu salah satu tarian melayu.yang berada di salah satu
pulau, yaitu pulau mantang.
B). Tujuan penelitian
Adapun tujuan penelitian yaitu :
·
Untuk
mengetahui tradisi tradisi yang berada di tanah melayu.
·
Salah
satu syarat memenuhi tugas mata kuliah tradisi melayu.
·
Untuk
menambah pengetahuan, wawasan, bagi para mahasiswa.
BAB. II
PEMBAHASAN
A). Makyong
Makyong
(atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu
traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari
Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang
digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang
formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu ,
Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Drama
tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik
vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan,
Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Mak
Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong
dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai
pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan
itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan
yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Persembahan
Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan
tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi
beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di
kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton
akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra
yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan
peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi
dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana
pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai
dan menurun.
B). Sejarah makyong
Mak
yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada
Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar
Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada
pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan
hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ
ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.
Lagenda
biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi
yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan
tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana.
Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati
semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.Semasa di
Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia
sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.
Pada
awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke
merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana
kedatangan British ke
Kelantan
telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang
mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman
selepas Bah Air Merah
pada tahun 1926
hinggalah tahun-tahun 1950-an.
Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai
estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan
dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00
malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat
muzik biola
dan akordion menggantikan rebab
dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan
naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.
Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula
merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong
dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri
dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di
kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang
dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong
mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini
mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.
Pada akhir-akhir 1960-an,
sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi
orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan
Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau
ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan,
persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.
Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong
telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung,
sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang
lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam
tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat
pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli
mula dihidupkan kembali.
C). Tradisi mantang lama
Di kepulauan Riau banyak sekali kita
temukan tradisi-tradisi salah satunya tradisi yang terdapat di suatu daerah
pulau mantang yakni mak yong. Saat saya berada di sekitar
masyarakat setempat saya menemui salah seorng seniman yang ber nama DOLMAT
beliau banyak menceritakan tradisi yang beradi di pulau mantang.dan kegiatan
anak-anak yang di pulau tersebut,di pulu mantang lama ini berdiri sebuah sanggar
mak yung sanggar ini di bangun untuk membangkitkan generasi-generasi baru agar
tradisi ini tetap ada,kegiatan ini biasanya di laksanakan setiap malam sabtu
dan minggu.
Awalnya mak yong dibawakan penari yang
memakai topeng, berbeda dengan di Malaysia yang tanpa topeng. Pertunjukan mak yong dibawakan kelompok penari dan pemusik profesional yang
menggabungkan berbagai unsur upacara keagamaan, sandiwara, tari, musik dengan
vokal atau instrumental, dan naskah yang sederhana.
Tokoh utama pria dan wanita keduanya
dibawakan oleh penari wanita. Tokoh-tokoh lain yang muncul dalam cerita
misalnya pelawak, dewa, jin, pegawai istana, dan binatang. Pertunjukan mak yong
diiringi alat musik seperti rebab, gendang dan tetawak. di awal abad ke-20,
tari mak yong mulai berkembang bebas.
Selain
itu, nilai estetika tradisional mak yong mulai luntur akibat komersialiasi
pertunjukan. Lama pertunjukan juga diperpendek dari pukul 8:30 malam hingga
pukul 11:00 malam. Selesai pertunjukan mak yong langsung diteruskan acara joget
bersama. Mohamed Afandi Ismail.
Perkembangan Mak Yong Sebagai Satu Seni Teater Tradisional, terbitan Juni 1975,
m.s. 375-80. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kumpulan
Muzik Makyung yang lengkap mengandungi alat-alat :Tawak atau Gong,Gendang Ibu
dan Gendang Anak, Canang, Kesi, Serunai, Rebab. Cerita-cerita dalam makyung
menjalani beberapa tahap perkembangan. Ia bermula dengan cerita asas iaitu Dewa
Muda, yang menceritakan tentang asal usul makyung. Berdasarkan cerita ini, ia
berkembang menjadi tujuh dan kemudian dua belas cerita.
Lagu-lagu
dalam persembahan makyung adalah seperti : Bertabuh,Mengadap Rebab, Raja atau
Pakyung keluar dan berdialog dengan makyung,Pakyung Muda atau Puteri makyung
akan menyanyi Dondang Lanjut, Dialog Pakyung memanggil Pengasuh, Nyanyian
Pakyung Tua – Sedayong Pakyung, Dialog, Nyanyian Kisah Barat oleh Pakyung Muda,
Dialog.
D).
Jenis-Jenis Makyong
Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang
pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang
membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut
ialah:-
- Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
- Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
- Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
- Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
- Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
- Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
- Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.
E). Tradisi makyong
Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain
akan diajar keseluruhan peranan watak dalam Mak Yong, termasuk Raja,
Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para panglima. Mereka turut
diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil dan Hijau-hijau
Intan Permata.
Selain
itu, mereka akan belajar sejumlah besar lagu pengiring Mak Yong, termasuk Pak
Yong Muda, Sedayung Mak Yong, Sedara Tonggek, Kisah Barat, Barat Cepat, Lagu
Khabar ke Pengasuh dan Mengulit.
Selepas
seseorang pelajar telah menguasai kesemua aspek ini mereka akan menamatkan
pengajaran dengan melalui upacara sembah
guru sebagai tanda tamatnya pembelajaran Mak Yong.
BAB.III
PENUTUP
A. Kesimpulan
makyong yaitu salah satu tarian, yang lahir
dari budaya melayu khusunya di riau yang disajikan dalam tarian yang menggunakn
topeng, tidak hanya itu makyong juga memiliki peranan penting bagi umat islam
karena dahulu salah satu cara umat islam menyebarkan agamanya melalui tarian
bertopeng yaitu tarian makyong.
B. Saran
Kita
sebagai manusia, khususnya sebagai warga Negara Indonesia, sudah sepatutnya kita bangga dengan berbagai
objek wisata di Indonesia, salah satunya yaitu tarian makyong di pulau mantang,
dan peninggalan-peninggalan bersejarah lainnya, untuk itu marilah kita jaga dan
kita rawat serta kita lestarikan kebudayaan yang telah diberikan dunia dengan
sebaik-baiknya, karena dengan cara itulah kita telah mencerminkan sikap cinta
tanah air.
F). Dokumentasi
inilah salah satu bukti kami, telah mengikuti
penelitiaan.