Rabu, 02 Oktober 2013

Makalah Makyong Kepulauan Riau (KEPRI)



BAB I
PENDAHULUAN
A). Latar belakang
 Study Tour merupakan praktek lapangan yang dilakukan oleh para pelajar baik siswa maupun mahasiswa di tempat-tempat Obyek Wisata, kegiatan Study Tour kali ini diadakan oleh mata kuliah tradisi melayu, sebagai kegiatan secara rutin tiap tahunnya.dan kali ini kami fakultas keguruan dan ilmu pendidikan prodi bahasa Indonesia kelas E1 mengadakan stady tour ke pulau mantang untuk meneliti makyong, yaitu salah satu tarian melayu.yang berada di salah satu pulau, yaitu pulau mantang.

B). Tujuan penelitian
 Adapun tujuan penelitian yaitu :
·         Untuk mengetahui tradisi tradisi yang berada di tanah melayu.
·         Salah satu syarat memenuhi tugas mata kuliah tradisi melayu.
·         Untuk menambah pengetahuan, wawasan, bagi para mahasiswa.



BAB. II
PEMBAHASAN
A). Makyong
Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

B). Sejarah makyong
Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.
Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.
Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.
Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.
Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.
Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.
C).  Tradisi mantang lama
Di kepulauan Riau banyak sekali kita temukan tradisi-tradisi salah satunya tradisi yang terdapat di suatu daerah pulau mantang yakni mak yong. Saat saya berada di sekitar masyarakat setempat saya menemui salah seorng seniman yang ber nama DOLMAT beliau banyak menceritakan tradisi yang beradi di pulau mantang.dan kegiatan anak-anak yang di pulau tersebut,di pulu mantang lama ini berdiri sebuah sanggar mak yung sanggar ini di bangun untuk membangkitkan generasi-generasi baru agar tradisi ini tetap ada,kegiatan ini biasanya di laksanakan setiap malam sabtu dan minggu.
Awalnya mak yong dibawakan penari yang memakai topeng, berbeda dengan di Malaysia yang tanpa topeng. Pertunjukan mak yong dibawakan kelompok penari dan pemusik profesional yang menggabungkan berbagai unsur upacara keagamaan, sandiwara, tari, musik dengan vokal atau instrumental, dan naskah yang sederhana.
Tokoh utama pria dan wanita keduanya dibawakan oleh penari wanita. Tokoh-tokoh lain yang muncul dalam cerita misalnya pelawak, dewa, jin, pegawai istana, dan binatang. Pertunjukan mak yong diiringi alat musik seperti rebab, gendang dan tetawak. di awal abad ke-20, tari mak yong mulai berkembang bebas.
Selain itu, nilai estetika tradisional mak yong mulai luntur akibat komersialiasi pertunjukan. Lama pertunjukan juga diperpendek dari pukul 8:30 malam hingga pukul 11:00 malam. Selesai pertunjukan mak yong langsung diteruskan acara joget bersama. Mohamed Afandi Ismail. Perkembangan Mak Yong Sebagai Satu Seni Teater Tradisional, terbitan Juni 1975, m.s. 375-80. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kumpulan Muzik Makyung yang lengkap mengandungi alat-alat :Tawak atau Gong,Gendang Ibu dan Gendang Anak, Canang, Kesi, Serunai, Rebab. Cerita-cerita dalam makyung menjalani beberapa tahap perkembangan. Ia bermula dengan cerita asas iaitu Dewa Muda, yang menceritakan tentang asal usul makyung. Berdasarkan cerita ini, ia berkembang menjadi tujuh dan kemudian dua belas cerita.
Lagu-lagu dalam persembahan makyung adalah seperti : Bertabuh,Mengadap Rebab, Raja atau Pakyung keluar dan berdialog dengan makyung,Pakyung Muda atau Puteri makyung akan menyanyi Dondang Lanjut, Dialog Pakyung memanggil Pengasuh, Nyanyian Pakyung Tua – Sedayong Pakyung, Dialog, Nyanyian Kisah Barat oleh Pakyung Muda, Dialog.
D). Jenis-Jenis Makyong
Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
  • Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
  • Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
  • Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
  • Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
  • Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
  • Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
  • Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.



E). Tradisi makyong
Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain akan diajar keseluruhan peranan watak dalam Mak Yong, termasuk Raja, Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para panglima. Mereka turut diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil dan Hijau-hijau Intan Permata.
Selain itu, mereka akan belajar sejumlah besar lagu pengiring Mak Yong, termasuk Pak Yong Muda, Sedayung Mak Yong, Sedara Tonggek, Kisah Barat, Barat Cepat, Lagu Khabar ke Pengasuh dan Mengulit.
Selepas seseorang pelajar telah menguasai kesemua aspek ini mereka akan menamatkan pengajaran dengan melalui upacara sembah guru sebagai tanda tamatnya pembelajaran Mak Yong.



BAB.III

PENUTUP

A.     Kesimpulan
makyong yaitu salah satu tarian, yang lahir dari budaya melayu khusunya di riau yang disajikan dalam tarian yang menggunakn topeng, tidak hanya itu makyong juga memiliki peranan penting bagi umat islam karena dahulu salah satu cara umat islam menyebarkan agamanya melalui tarian bertopeng yaitu tarian makyong.
B.     Saran
 Kita sebagai manusia, khususnya sebagai warga Negara Indonesia, sudah     sepatutnya kita bangga dengan berbagai objek wisata di Indonesia, salah satunya yaitu tarian makyong di pulau mantang, dan peninggalan-peninggalan bersejarah lainnya, untuk itu marilah kita jaga dan kita rawat serta kita lestarikan kebudayaan yang telah diberikan dunia dengan sebaik-baiknya, karena dengan cara itulah kita telah mencerminkan sikap cinta tanah air.
 













F). Dokumentasi
inilah salah satu bukti kami, telah mengikuti penelitiaan.